5 Tips Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Internet - REBIZ Info

Ahad, 6 April 2014

5 Tips Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Internet




"Jika Ingin Berjaya Dalam Sesuatu Bidang, Belajarlah Dari Mereka Yang Pakar Dalam Sesuatu Bidang Itu"

Salam hormat kepada anda. Terima kasih kerana sudi baca post blog saya yang tak seberapa ni.

Perniagaan internet adalah salah satu jalan alternatif untuk merancakkan bisnes. Jika kita tahu kelebihan melakukan perniagaan internet pasti anda berusaha untuk merealisasikan usaha anda itu.

Terdapat ramai yang terkandas setelah sekian lama melakukan perniagaan internet. Tetapi itu bukan bermaksud anda juga akan turut gagal melakukannya.

Saya sendiri sedang menuju kearah itu dan dalam usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui perniagaan internet yang halal lagi baik, (Halalan Toyyiban)

Untuk post saya kali ini saya ingin berkongsi 5 tip untuk berjaya dalam perniagaan internet. Tip ini saya juga sedang praktikkan dan mungkin tip ini juga membantu anda mengenal pasti kekuatan diri anda.

1) Rajin Belajar 

Belajar di sini datangnya dari pembacaan, menonton video tutorial dan rajin dalam membuat kajian tentang teknik ataupun cara yang betul melakukan perniagaan internet.

2) Gunakan Sepenuhnya Enjin Carian Untuk Masalah Teknikal 

Mengikut statistik, pelayar internet di Malaysia secara majoritinya menggunakan enjin carian Google untuk mencari sesuatu informasi. Setiap masalah boleh diselesaikan melalui enjin carian ini. Gunakan secara aktif enjin carian untuk menyelesaikan segala masalah teknikal anda.

3) Buang Sikap "Tunggu DiSuap"

Sikap ini adalah salah satu ciri sikap orang yang malas. Sering menganggap bahawa perniagaan internet mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah membeli produk rujukan seperti ebook, audio, perisian dan sebagainya sebagai jalan mudah. Jika kita mempunyai pemikiran seperti ini, ia akan menjurus kepada satu sindrom yang diberi nama "Information Overload".

4) Survive

Perniagaan internet tidaklah semudah yang disangka. Hanya mereka yang betul-betul fokus dan berusaha akan berjaya. Praktik setiap tip yang diperolehi dari mentor. Belajar untuk bertindak sendiri TANPA memerlukan bantuan orang lain sepenuhnya. Kelak, sifat Survive inilah yang bakal membantu anda dikemudian hari. Setuju ?

5) Tiada Jalan Singkat

Apa yang penting dalam mekakukan perniagaan internet adalah kesabaran. Tiada jalan mudah untuk bertahan lama dan berjaya dalam perniagaan internet JIKA kita mempunyai sikap mahu cepat kaya. Buang sifat negatif itu serta mula belajar sedikit demi sedikit ilmu perniagaan internet. Practice Makes Perfect !

Sekian dulu perkongsian saya pada kali ini. Semoga memberi manfaat kepada anda.
Jumpa lagi. InsyaAllah.

1 ulasan

  1. Saya ingin berkongsi tips perniagaan dan bisnes online di Intiha. Berbagai tips seperti cara-cara memulakan perniagaan, tips perniagaan di fb dan berbagai lagi. Semoga bermanafaat.

    http://www.intiha.com/tips-dan-bimbingan-perniagaan

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.